Sabtu, 31 Oktober 2009

harta itu adalah pinjaman

bila seseorang itu dilimpahkan dengan rezeki... janganlah kita leka dan lalai kerananya... kerana ia hanyalah pinjaman semata-mata dan ia merupakan cara Allah nak menguji keimanan hambaNya....

ramai orang yang leka bila Allah kurniakan rezeki yang lebih kepadanya.. mulalah membuat peragai... maklumlah duit dah banyak.. mula lupa diri.. semuanya nk ditukar dengan benda yang baru.... Isteri baru, rumah baru, kereta baru... semuanya nk tukar baru.. jasa orang yang bertahun-tahun mengharugi onak dan duri bersama dilupakan dalam sekelip mata... tulah namanya orang yang tidak tahan dengan ujian daripada Allah..... lalai dengan harta benda.. yang tidak menjamin masa depan..... anak-anak dilupakan... dipuja dan disanjung orang yang baru hadir dalam kehidupanya.... dipandang orang itu seperti intan dan permata... sedangkan orang yang telah lama hidup denganya dianggap sebagai racun dan duri dalam hidupnya....

dimanakah keadilan dalam sebuah kehidupan... orang yang leka terus hanyut dengan dunia khyalan... sesungguhnya Allah maha adil.... bila rezeki untuk anak-anaknya diberikan kepada orang yang tidak sepatutnya dan hak anak-anak nya di nafikan... Allah menarik rezeki itu daripadanya.... kehidupanya mula mengalami defisit.... mengalami keruntuhan.. duitnya mula susut... hartanya mula habis.... nak menyesal sudah terlambat..... tindakan yang dilakukan dahulu tanpa pertimbangan.. penganiyaan yang dilakukan sangat zalim.... bongkak dalam diri menguasai diri... syaitan menyelubungi hati....terus menerus lakukan kezaliman.. tanpa ingin bertaubat.....

ia disisihkan daripada keluarga.. kerana ia adalah kehendaknya sendiri.. menjalani hari-hari tua dengan bersendirian dan bersama kaca yang dianggap permata... hidup penuh siksa... hutang keliling pinggang..... waktu tua yang seharusnya dipenuhi dengan hilai tawa cucu-cucu.... hanya tinggal angan-angan... kerana tiada sapa yang sudi bersamanya.... itu adalah pilihan hatinya... walaupun sudah berada dalam kesempitan.. perasaan bongkak tetap kukuh dalam hatinya..... bilakah ia akan berakhir???? hanya Allah yang maha mengetahui....

semoga Allah mengampunkan hambaNya yang bertaubat.... janganlah kita leka dengan keindahan dunia yang fana... kerana akhiran itu adalah yang kekal....

wasalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan