Selasa, 10 November 2009

cermin mataku.....

cermin mata ku.. yang boleh bertukar-tukar kala.. hihihihi
kalau nak tahu nilah cermin mata transition ia boleh melindungi mata kita dari sinaran UV, dlu first time pakai, org ramai xtau ttg c/mata ni... ada yang panggil aku datin.. kihkihkih.... tp harga dia **** hohohoho.....
c/mata ni kalau kat tempat terang atau ada cahaya matahari, dia akan berubah jd agak gelap, tp bukan hitam.... tp kalau masuk kat tmpat gelap atau dalam bangunan dia kembali seperti c/mata biasa...
tapi aku pakai c/mata bukan kehendak tau, tapi ia jadi satu keperluan.. hohohoho....

baby


my baby....

Ahad, 8 November 2009

GAYAKU, FESYENKU




Nilah barangan yang biasa aku gunakan... gayaku, dan fesyenku..

Sabtu, 7 November 2009

tanda-tanda kiamat

Tanda-tanda kiamat ada dua: tanda-tanda kiamat besar dan tanda-tanda kiamat kecil.

Tanda kiamat kecil adalah tanda yang datang sebelum kiamat dengan waktu yang relatif lama, dan kejadiannya biasa, seperti dicabutnya ilmu, dominannya kebodohan, minum khamr, berlumba-lumba dalam membangun, dan lain-lain. Terkadang sebahagiannya muncul menyertai tanda kiamat besar atau bahkan sesudahnya.

Tanda kiamat besar adalah perkara besar yang muncul mendekati kiamat yang kemunculannya tidak biasa terjadi, seperti muncul Dajjal, Nabi Isa a.s., Yakjuj dan Makjuj, terbit matahari dari Barat, dan lain-lain.

Para ulama berbeza pendapat tentang permulaan yang muncul dari tanda kiamat besar. Tetapi Ibnu Hajar berkata, "Yang kuat dari sejumlah berita tanda-tanda kiamat, bahawa keluarnya Dajjal adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar, dengan terjadinya perubahan secara menyeluruh di muka bumi. Dan diakhiri dengan wafatnya Isa a.s.

"Sedangkan terbitnya matahari dari Barat adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar yang mengakibatkan perubahan keadaan langit. Dan berakhir dengan terjadinya kiamat".

Ibnu Hajar melanjutkan, "Hikmah dari kejadian ini bahwa ketika terbit matahari dari barat, maka tertutuplah pintu taubat".

Di antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:

1. Diutusnya Rasulullah SAW

Jabir r.a. berkata, "Adalah Rasulullah SAW jika beliau menyampaikan khutbah matanya merah, suaranya keras, dan penuh semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, "(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian". Beliau melanjutkan, Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini. Rasulullah SAW mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah (kiamat sangat hampir). (riwayat Muslim)

2. Disia-siakan amanah

Jabir r.a. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan para sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata, "bilakah masanya akan terjadi kiamat?" Rasulullah SAW terus melanjutkan bicaranya. Sebahagian sahabat berkata, "Rasulullah mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya".

Berkata sebagian yang lain, "Rasulullah tidak mendengar". Setelah Rasulullah menyelesaikan bicaranya, baginda bertanya: "Mana yang bertanya tentang kiamat tadi?" Berkata lelaki Badwi itu, "Saya, wahai Rasulullah". Rasulullah SAW berkata, "Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat". Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana menyia-nyiakannya?" Rasulullah menjawab, "Jika urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat". (riwayat Bukhari)

3. Penggembala menjadi kaya

Rasulullah ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab: "Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan. (riwayat Muslim).

6. Banyak terjadi pembunuhan

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tidak akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "haraj adalah pembunuhan, pembunuhan". (riwayat Muslim).

7. Munculnya kaum Khawarij

Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari kiamat. (riwayat Bukhari).

9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada orang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, "Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia". Kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. (riwayat Muslim).

11. Sedikitnya ilmu

12. Merebaknya perzinaan

13. Banyaknya kaum wanita

Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khamr (arak), sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai nisbah bagi 50 wanita seorang lelaki. (riwayat Bukhari)

14. Bermewah-mewah dalam membangun masjid.

15. Berleluasnya riba dan harta haram

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, "Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya". (riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli dari mana hartanya didapati, apakah dari yang halal atau yang haram. (riwayat Bukhari dan Ahmad)

Jumaat, 6 November 2009

kerajaan Turki Uthmaniah

andaiku dapat mengundur masa... huhuhuhu.... soalan senang pon aku gagal jawap gan baik.. asik ingat kelemahan kerajaan Turki j.. kehebatan dia aku lupa, padahal ada gak aku jeguk kehebatan dia kat buku Tamadun Islam before exam.. tapi 2 lah just tgok sekali lalu j... huhuhuhu..

kehebatan atau kejayaan kerajaan Turki Uthmaniah:
1) wujudnya sistem pemberian tanah (fief) kepada tentera menyebabkan mereka menjadi mewah dan berkedudukan tinggi
2) tidak ada sifat perkauman yang nyata; orang yang berkedudukan tinggi tidak terbatas kepada sesuatu kaum atau keturunan sahaja.
3) pentadbiran yang cekap
4) memberikan layanan yang baik terhadap saudara-saudara baru serta memberikan kepada mereka hak kerakyatan penuh.
5) menggunakan kepakaran dan kebolehan dan penduduk tempatan khususnya dalam bidang pentadbiran.
6) kedudukan sosialorang Turki telah menarik minat penduduk negeri-negeri Balkan untuk memeluk agama Islam.
7)semua rakyat beragama Kristian di bandar mahupun di desa hanya dikenakan bayaran cukai perlindungan sebanyak 2 dolar (1590M) setahun iaitu suatu kadar yang sangat rendah berbanding cukai yang dikenakan oleh kerajaan Byzantine sebelumnya.
8) sekalian penduduk di ibu kota atau diluar ibu kota diberikan kebebasan agama dan dalam perkhidmatan awam
9) kerajaan Turki Uthmaniyah tidak bergitu fanatik terhadap agamanya, menyebabkan wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah menjadi tempat perlindungan orang Yahudi yang dihalau oleh kerajaan Kristian di Sepanyol dan Portugal pada abad ke 16M

sumber: Mahyudin Hj. Yahaya, Tamadun Islam, Fajar Bakti, Shah Alam, 1998, hlm. 181-182


huhuhuhu ni pon aku xingat.. padahal pernah belajar dlu kat sekolah agama masa darjah 5.. huhuhu.. kalau mak aku tau aku xingat.. hihihi.... abislah.. hahhaha....

Selasa, 3 November 2009

nak demam

huhuhuhu
ari ni buat tahun 2009 aku rasa badan aku macam nak demam lah.... huhuhuh.. aku ni klu demam mmg setahun sekali j.. huhuhuhu.... ni mesti sebab baca pasal Asia Barat yang susah ni... huhuhuhu ni boleh dikatakan sebagai killer subjek oooo....
sbb p killer sbjek??? tegok r sapa penandanya.. hihihihi...... mcm ni lah persaan ble amik paper Prof.... time nak bentang esei pon mcm ni lah rasanya.. pening kepala..... huhuhu...
abg aku ajak balik kg pun aku tolak.. huhuhu.. paper ni pye pasal.. hohoho.... badan dah mula sakit2.... mata dah mula pedih. asik baca note kat lptop j.. huhuhu.. klu xdapat jawap gan baik xtau lah.. hohoho.... mkn pun macam xsempat2.. bahaya tol paper ni... hohohoho... komitment 100%.... hohohoho.... hanya tuhan j yang tahu... hohohoho

Ahad, 1 November 2009

kenangan silam....

masa mula2 masuk universiti, aku dapat masuk UPM... tp home sick pye pasal abg aku tukarkan ar aku kat ukm... dekat ckit gan abg aku..... masuk2 ukm aku amik kusrus Ekonomi... klu nk tahu ni r couse yang paling aku xsuka.... hahahhah... tp sbb nk mudah tukat Universiti.. terpaksa r masuk couse ni... hohohoho.. masa tahun 1 macam2 jadi... gan ptptn kne tahan.... tapi nasib baik ada PAMA hahhahah.....

bila dah masuk ukm ni.. tiap2 minggu aku balik kg.. ulang kaji xbuat.... kelas pon kadang-kadang xpergi.. hihihihi/..... last2 dapat result abis gempak.. padan muka aku... mak aku apa lagi membebel r.. hahahah.. tp aku tahu mmg salah aku pon... so nak xnak aku amik keputusan tukar j fakulti... so sampailah sekarang aku kat FSSK..... amik couse sejarah......

Ingatkan senang tp susah nk tol hohoho. tp what ever pon sem lepas r yang paling aku bengang... nak tahu knp.... aku buat esei berdua.... pas 2 kita orang antar kat box sorang ltrer ni... agaknya dia ni jenis yang xbukak box dia kot... geram!!!!!! nk tahu.. kita orang dapat markah teruk gler.... orang lain mrkah teruk kat satu lagi kursus.. tp aku gan member esei aku ni markah ok pulak.. kira bagus lah markah kitaorang... tp yang exam yang kita orang mmg kompem dapat jawap gan baik.... tp markah teruk gler babun.. GERAM!!!!!!!....

bukan nak cakaplah kan.. tapi setiap pensyarah kena r prihatin ckit... xkan r budak berani xantar esei...!!!... patutnya dia tanya r... macam yang pensyarah lain buat.. masa 2 xtahu no fon dia.. so nk maklumkan dah antar kat box pon xboleh.. dia lak asik sibuk j.... kalau soalan exam aku jawap xbaik.. kalau kuar result teruk.. aku xkisah r.. dah mmg salah sendiri.. tp 2 r yang kita yakin klu dapat teruk mmg rasa geram!!!....

tapi 2 lah kenangan silam.... what ever pon ia dah berlalu... so sekarang kita pikir benda yang positif j.... kalau banyak cas positif dalam badan kita nanti orang akan terarah mendekati kita.. dan senang berkawan gan kita... perlu diingat kalau kita baik atau rapat gan seseorang jangan mengharapkan apa-apa faedah daripadanya.. berkawanlah kerana Allah....

hiduplah dalam keceriaan dan kebahagiaan.....

salam bahagia..