Ahad, 5 Januari 2014

Tanda Tanya

""DALAM SUATU PERJALANAN HIDUP, CITA-CITA TERBESAR ADALAH MENUJU KESEMPURNAAN. ADA KALANYA KITA MESTI BERJUANG, SERTA BELAJAR MENYINGKAP SEGALA RAHSIA KEHIDUPAN."

Waktu terus berjalan.....

sewaktu bersiar-siar di sebuah Pasaraya Cik Mawar terkejut bila ditegur oleh beberapa rakan ofis.. mereka bertanyakan kepada Cik Mawar akan perihal seseorang dari ofis Cik Mawar  yang dikatakan merupakan teman tapi mesra Cik Mawar... entahlah gosip sentiasa berlegar dalam pejabat kan tak siapa yang boleh tutup.

Ribut tiada angin tiada tiba-tiba diajukan dengan persoalan sebergiti. agak terkejut apabila dikatakan bahawa satu pejabat sudah tahu tentang Cik Mawar dengan orang itu. pelik memang pelik kerana tidak pulak pernah Cik Mawar keluar atau bercakap dengan orang yang dimaksudkan emmm entahlah.

Bergitulah nasib bila masih lagi status bujang di ofis ni. emmm redha j lah. 

Awal pagi hari ini pon dikaitkan Cik Mawar dengan orang itu juga.... Apa kena mengena pakaian Cik Mawar yang warna  merah n heel 4 inci dengan semangat tahun baru orang lain??? emmmm that was a big Question Mark...



Diari Cinta

Assalamualaikum semua


Selamat menyambut tahun baru 2014 bersamaan 1435 Hijrah......

berhubung dengan tajuk yang Mawar utarakan hari ini adalah disebabkan oleh bos Cik Mawar menghadiahkan sebuah Diari Cinta kepada Cik Mawar. Nampaknya besar hasratnya agar Cik Mawar bertemu jodoh mungkin secepat mungkin.

Ramai sudah bertanya perihal yang sama kepada Cik Mawar tapi apa agaknya Cik Mawar nk jawap ye.. belum salam masa yang diizinkan nampaknya.

"Cinta Itu Santapan Jiwa"

Isnin, 25 Mac 2013

melupakan tidak semudah memaafkan

salam

isu melupakan tidak semudah memaafkan, lagi-lagi jika kita tahu kita dikhianati oleh orang yang kita sangat mempercayai.

walaupun pertunjuk Allah itu pahit, namun Mawar dapat merasai kemanisan disebaliknya. Mawar penat nak pertahankan diri, biar Mawar senyap dan biarkan orang disekeliling Mawar yang menghakimi apa yang telah berlaku. orang yang terlibat sememangnya mengetahui perkara yang sebenar. Mawar memang rasa amat kecewa dengan orang itu, dia tetap dengan Egonya, dan tanpa segan silu, tetap mencanang seolah-olah yang dia menjadi mangsa keadaan. Orang je nis apakah itu????? sememangnya Mawar memaafkan dia tatapi untuk kembali menjadi kawannya semula, mustahil rasanya.... biarlah dia dengan cara hidupnya, mencari idea diatas pengkhianatan dan mengeji orang lain. semoga Allah akan membalas segala perbuatannya.

Sekiranya kita mempunyai 1000 orang rakan, dan 1 orang yang tidak menyukai kita, itu bermakna orang itu bermasalah, tetapi jika kita mempunyai 1000 orang rakan dan 999 daripadanya tidak menyukai kita, itu bermakna kita yang bermasalah....... ini bukan sebab kita tidak mengenali sapa musuh kita, tetapi kita yang mengenali diri kita sendiri......

Semoga kawan Mawar itu diberikan hidayah untuk berubah, dan sedar akan kesilapannya sendiri. Ameen

Isnin, 28 Januari 2013

bila bosan

salam

hihihi Mawar ada story, tadi malam main masej dengan BFF Mawar, mmg best... mulanya sms ckp psl seorang akak ni, meroyan agaknya, tibe2 serang2 mawar... nk provok mawar, tapi Mawar xlayan pon... pastu mulalah sms berpanjangan, bercerita pulak pasal seorang lagi kwn kami... hihihi.... mmg syok.... dia tny, mawar dah ok k, gan bdk 2, mawar kata sudah... cuma dia j belum ok lagi gan kwn kitaorg 2.. hihihihi both ego... hahhahaha......

dok kutuk kwn mawar, mawar pon ckp, xbaik tau.. mana tau, tibe2 jadi laki mawar pulak bdk 2... hahahaaa.... BFF mawar say, klu jadi laki ko, aku redha j... hahahhaaaa... mawar say, klu gaduh, sms gan bff mawar, n kutuk laki mawar berjamaah.. kahkahkaaaaa... bff mawar say, xbaik tau, xbau syurga nanti.... mawar say, xp raya nanti... Mintak Maaf Abg sayang!!... kahkahkahkaaaa memang meroyan kita dua orang tadi mlm.. kahkahkahkaaa

apa-apa pon, mawar rasa bahagia ada kwn-kwn yang senantiasa berada disisi mawar, tatkala mawar berduka dan bergembira.. mereka sememangnya kawan dan sahabat yang sangat mawar sayang. <3 nbsp="" p="">
love all my frend

kata-kata

salam....

29/januari/2013

pada 27 Jan, Mawar mendapat satu khbar daripada rakan sekerja yang menyatakan seorang rakan sekerja Mawar telah kembali ke rahmatullah buat selama-lamanya meninggalkan dunia yang fana, dan akan kekal di alam akhirat... semoga  roh beliau dicucuri rahmat....

berbagai-bagai kisah berlaku sepanjang mawar bercuti, yang Mawar nak share adalah kisah dimana, abang Mawar hampir-hampir menjadi mangsa pukau, apabila semasa beliau berbelanja, beliau telah didatangi seorang pak cik, yang mencalit sesuatu ke tangan beliau, dan pak cik itu ajak dia menenung matanya... tapi syukur, abang Mawar sememangnya tidak pernah putus gan bacaan doa-doa pelindung, sesungguhnya pelindung yang paling Utuh adalah daripada Allah... semoga kita juga turut sentiasa mengamalkannya.....


Rabu, 16 Januari 2013

Hamba Allah yang penuh kelemahan

Salam

Tiba-tiba pulak Mawar rasa hari ini, Mawar sudah banyak alpa tentang dunia... Mawar terlalu leka memikirkan jawapan bagi suatu soalan yang rumit... sesungguhnya tempat mengadu yang terbaik disisi seseorang manusia adalah penciptanya Allah SWT....

Mawar sudah tidak tentu arah sekarang ini rasanya.. hanya mampu duduk berdoa untuk dilapangkan semuala jiwa ini....... Hanya bacaan al-Quran sahaja yang dapat melegakan perasaan Mawar.. tapi apabila tiba waktu kerja... sememangnya semuanya terganggu.... moga Allah bantu berikan kekuatan pada Mawar... persoalan demi persoalan bermain di kepala Mawar... didesak pulak dengan beribu pertanyaan yang Mawar sendiri tidak punya jawapannya.....

Disaat Mawar sedang cuba melupakan dia... dia datang menyapa.. dengan sesuatu yang Mawar sendiri tidak sangka... sememangnya banyak kenangan Mawar dengan dia... dan dia pula tidak pernah melupakannya, sedangkan Mawar sememangnya sudah melupakan perkara itu... perkara itu.. sememangnya menyentuh hati Mawar atau mana-mana juga perempuan yang berada ditempat Mawar...

 Mawar bukanlah seorang wanita soleha yang sempurna.. namun ku cuba untuk menjadi soleha... kadang-kadang bisikan syaitan itu sememangnya suatu yang amat mencabar kekuatan iman Mawar.... Sesetengah orang seharusnya menghormati Mawar, apabila Mawar mennyatakan bahawa, sememangnya Mawar tidak suka dipandang, dikenali atau memandang yang Haram buat diri Mawar.. kerana panahan iblis sangat dasyat.... moga Allah dapat menghulurkan pertolongan dan kekuatan kepada Mawat dalam menghadapi dugaan ini.. sesungguhnya tiada manusia yang tidak di uji oleh penciptanya... 

salam 5 rabiulawal 1434 H dari Mawar.. seminggu lagi kita akan menyambut ulang tahun kelahiran junjungan besar kita yang sangat dicintai.. Nabi Muhammad SAW.... semoga kita mendapat syafaat daripadanya kelak... marilah kita sentiasa berselawat ke atas junjungan besar Nabi kita... <3 br="br">

Selasa, 15 Januari 2013

tunggulah..

bergitulah ucapan kawan baikku....

cik mawar ada seorang kawan baik... banyak share cerita dengan dia.. td dia nasihatkan cik mawar supaya bersabar, dan sekiranya masih lagi cik mawar mampu menunggu, tunggulah.... sepertinya si dia inginkan bergitu... namun bila dibuat sebegini, cik mawar pun tidak tahu mahu mengulas bagaimana kerana sememangnya pernantian tanpa sebarang kata itu sememangnya menyakitkan.... adakah cik mawar seharusnya menunggu tanpa jwapan yang pasti... cik mawar berharap kehidupan cik mawar, seindah maksudnya... Ameen....

ku akan setia menanti mu... sehingga waktu yang sepatutnya.... jangan membiarkan diriku terlalu lama menanti...