Jumaat, 28 Ogos 2009

kenali diri..

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda.
Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8..

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan
percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

(diambil daripada blog raja shamri raja hussin)

utk suka2 j tau... jgn terlalu percayainya .....

Khamis, 27 Ogos 2009

meninggalkan solat

Buat peringatan untuk kita yang sentiasa 'sibuk' /mencari alasan.... dll

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A. S.

Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de .. zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.

" Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...

Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..

Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat..

tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) ,

"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu."

jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak...

-solat-

Berbalik kepada cerita pasal solat...

untuk my cousemate pasti tahu yang cerita yang diceritakan oleh Prof,
kat sini saya ingin mengulang kebali cerita yang dceritakannya.

kisahnya bermula apabila seorang wanita yang diamanahkan untuk membawa sekumpulan masyarakat yang layak menerima zakat, nak dijadikan cerita tiba waktu asar, maka bus yang membawa rombongan itu pun berhenti untuk memberikan peluang untuk menunaikan ibadah, maka perempuan yang mengiringi itu pun megajak mereka solat, tetapi jawapan mereka amat memeranjatkan apabila mereka berkata kaki mereka sakit dan xmampu untuk turut untuk menunaikan solat (diorg ni xpikir k Allah 2 maha kaya, sekirannya Allah benar2 menarik nikmat kaki yang diberikan pinjaman kepada mereka baru mereka sedar agak nya akan nikmat itu, so kepada sesiapa yang ingin buat alasan 2, cuba korang pikir jika alasan itu benar-benar terjadi... xkan jadi haru nanti...) ada pulak yang lelaki yang memberikan alasan x bawa kain untuk sembayang.... (persolan yang ada pada saya sekarang adalah, adakah mereka itu sudah lupa bahwa solat itu adalah tiang agama, dan solat itu wajib, malahan balasan terhadap orang yang tidak solat adalah berat.....)

sesudah dapat duit zakat dalam Rm 500, boleh pulak berjalan, so kamu semua renungkanlah, dimana kesilapan semua ini, Prof juga berkata bahawa masyarakat seperti inilah yang anda semua akan tempuhi dalam kehidupan yang mendatang.....

saya berasa amat kasihan pada golongan yang meninggalkan solat ini,.... persoalan saya adalah adakah mereka bahagia dengan tindakkan mereka, adakah mereka rasa aman dengan berbuat bergitu......??????

adakah kerana mereka sememangnya tidak tahu bagaimana hendak menunaikan solat??? inilah yang dinamakan islam atas sekadar keturunan...... jika mereka tidak tahu untuk solat, kenapa tidak bertanya kepada yang tahu....

AMAT KASIHAN

sembahyang Vs solat

assalamualaikum........

semalam saya ada membaca sebuah blog yang menyatakan tentang perbezaan tentang maksud sembahyang dan solat.......

sembahyang merupakan gabungan 2 perkataan Sanskrit, iaiti 'sembah' + 'yang'
'sembah' sememangnya kita tahu maksudnya, manakala 'yang' membawa maksud berhala or dewa, so jika kita gabungkan menjadikan menyembah tuhan*

sememangnya bahasa Melayu banyak mengambil atau meminjam perkataan lain, dan kita juga memahami bhawa sembahyang yang difahami dalam Bahasa Melayu adalah sembah Tuhan yang maha Esa (Allah).
so adalah baik jika kita memggunakan perkataan solat sahaja utk merujuk kepada 'solat'.

Rabu, 26 Ogos 2009

15 pintu syaitan

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beris! tigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

30 larangan untuk wanita.

30 Larangan Untuk Wanita

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. (MACAM MANALAH PERASAAN 2 EIK HIHIHI..)

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w. t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t. (MESTI SAKIT GELR WAKTU 2.. SBB 2 KITA XLEH NAK MELAWAN P YANG MAK KITA CAKAP.)

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. (bestnya jd wanita...)

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s. w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

4 Golongan lelaki ditarik wanita

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya. (macam manalah suami ku nanti..)

KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S. W. T bersungguh dan dengan ikhlas. Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S. W. T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S. W. T berikan pada kita

PESANAN BUAT WANITA

Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud: "Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya
(tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan
(terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s. w. t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.(surah An-Nur ayat 31)

Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras
(dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16)

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala- galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah s. a. w. makin kita jauh dari amalan agama. Dalam ayat yang sama juga Allah s. w. t. menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah s. w. t. telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?

Lihat lagi ayat di atas Allah s. w. t. berfirma "Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah s. w. t. dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah s. w. t, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah s. w. t. telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya.

Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.

Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "Esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah s. w. t. dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah s. w. t. dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.

KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya. Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s. a. w.:

"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s. w. t. pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s. a. w di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah s. a. w: (xtahulah adakah aku boleh menerima lelaki yang sudah berkahwin dalam kehidupan aku... aku rasa ku xcukup kuat utk berhadapan dengan semua itu... aku sentiasa berdoa dijauhkan daripada berkahwin dengan suami orang)

"Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan." Para sahabat bertanya,

"Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda s. a. w, "Kahwinilah juga ia(diulang sebanyak tiga kali)."

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran.

Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.

ujian Allah

Segala sesuatu itu ada dan akan terjadi sesuai dengan ketentuan qadha dan qadar. Ini merupakan keyakinan setiap muslim, para pengikut setia Rasulullah SAW. Yakni keyakinan mereka bahawa segala sesuatu di dunia ini tidak akan pernah ada dan terjadi tanpa sepengetahuan, izin dan ketentuan Allah SWT.

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." Q. S Al-Hadiid : 22

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." Q. S Al-Baqarah : 155

Cubaan bagi seseorang mukmin adalah kebaikan, “Sungguh unik perkara orang mukmin itu! Semua perkaranya adalah baik. Jika mendapat kebaikan ia bersyukur, maka itu menjadi kebaikan baginya. Dan jika ditimpa musibah ia bersabar, maka itupun sebuah kebaikan baginya. Dan ini hanya akan terjadi pada orang mukmin,” demikian Rasulullah bersabda.

Rasulullah juga telah berpesan, “Jika engkau memohon, maka memohonlah kepada Allah, jika engkau minta pertolongan mintalah kepada Allah. Ketahuilah bahawa seandainya seluruh makhluk berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu nescaya mereka tidak akan mampu memberikannya, selain yang telah ditetapkan Allah bagimu. Dan, seandainya mereka semua berkumpul untuk mencelakakanmu, nescaya mereka tidak akan mampu mencelakakanmu selain yang telah ditetapkan Allah atasmu. Pena-pena telah kering dan lembaran-lembaran telah dilipat.”

Dalam sebuah hadith shahih yang lain disebutkan, “Ketahuilah bahawa apa yang akan menimpamu tidak akan pernah luput dan apa yang tidak akan menimpamu tidak akan pernah menimpamu.”

Pernah pula Rasulullah mengatakan pada sahabatanya yang mulia, “Pena telah kering, wahai Abu Hurairah, berkaitan dengan apa yang akan engkau hadapi.”

Di lain waktu Rasulullah memberikan panduan, “Kejarlah apa yang bermanfaat untukmu, dan mintalah pertolongan kepada Allah. Jangan mudah menyerah dan jangan pernah berkata, 'Kalau sahaja aku melakukan yang begini pasti akan jadi begini.' Tapi katakanlah, 'Allah telah mentakdirkan, dan apa yang Dia kehendaki pasti akan Dia lakukan.'”

Dalam sebuah hadith shahih, Rasulullah bersabda, “Allah tidak menentukan sebuah qadha bagi hamba kecuali qadha itu baik baginya.”

Berkaitan dengan hadish ini, Syaikhul Islam Ibnu Taimyah pernah ditanya, "Apakah maksiat itu baik bagi seorang hamba?" Beliau menjawab, "Ya! Namun dengan syarat dia harus menyesali, bertaubat, beristighfar, dan merasa sangat berasalah."

Allah berfirman, yang ertinya; "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. " Q. S Al-Baqarah : 216

Selasa, 18 Ogos 2009

zaman kanak-kanak

ola.... buat rin yang telah tagkan aku.. aku inginlah berkongsi zaman kanak-kanak aku pada ko... walaupun aku xberapa nk igat... seperti fathi.. aku jua akan menjawap tp sama ada ia lambat or cepat sahaja... hopely u enjoy it ok....:)

1. aku ni dlu masa kecik agak manja.. sebab dalam keluarga aku, aku gan adik aku husna jaraknya agak jauh..so ada masa manjanya lebih... yang aku igat kawan baik aku waktu meniti zaman kanak-kanakku adalah abg ku.. shukri..... mmg best.... dia kelakar and giler2.... so sbb 2 ar aku pon jd gler mcm dia.. hahahaa

2. aku masuk sekolah tadika waktu umur aku 6 tahun... tp punyalah liat nak bangun pagi... yang biasa kejutkan aku adalah akak aku... akak aku ni pyelah garang nama dia zakiah.. tp aku wat xtau j.. last2 bapak aku yang datang.. so xleh nk wat p r kan terpaksa r bangun..huhuhuhu

3. klu orang masuk sekolah terus masuk kelas.. aku leh lepak kat kedai kat sebelah sekolah tadika aku dlu dengan bapak aku...hihihi mmg nakal.... dlu sekolah tadika aku dekat j gan uma aku,,...... biasa klu balik sekolah aku jalan kaki j... lalu depan uma jiran-jiran aku..hihihi/.... aku paling suka makan ABC kat warung mak siti.. sedap..... pas 2 dia 2 sedara aku.. so dapat banyak r.... best gler...hihihihihi

4. number yang mula-mula aku tulis kat papan hitam adalah huruf 8.. masa 2 cikgu Samiha aku cakap sapa pandai tulis no.8 bleh balik dlu.. aku r mula-mula angkat tangan and tulis... and aku dapat r blik awal... hihihihi klu korang nk tahu aku mmg sukakan no.8...... mungkin sebab aku ni lahir bulan 8, anak k-8 ndalam famliy....

5. masa mula-mula masuk darjah satu.. mmg semagat gler.. yelah dapat baju baru.. beg baru,... semua perkakas baru.. mmg seronok.. tp bila dah seminggu dah mula malas.. hahaaha/.... klu dlu g sekolah tadika datang lewat.. sbb masuk sekolah kul 8.. tp sekolah rendah masuk 7.30... jd kne bnagun awal... huhuhuhu mmg susah gler akak aku nk kejut aku... aku ni mmg kuat tido dari kecik.. smapai sekarang pon masih sama agi... hihihihi.. tp kat ukm ni aku mmg kurang tdo.. tp klu balik kg.. mmg kne topup balik r..,... selagi xkul 11.. mmg xnpk r muka aku... hhahahha:)

6. masa kat sekolah dlu.. aku pling malas nk wat kerja bahasa melayu... mmg aku bengang gler gan subjek 2... sbb cikgunya.. garang gler.... hihihi.. tp aku minat subjek BI.... terbalik pulak aku ni.. dah mcm anak or putih lak... hahhahahh

7. aku padai baca and padai menulis dengan sempurna masa aku darjah 2... lewat eik.. hihihihi.... budak nakal mmg mcm 2... hahahaha...

8. kat sekolah aku disenangi dengan ramai cikgu2.... sbb kat depan cikgu aku mmg baik.. hihihih....

9. masa sekolah rendah mmg best r.. dapat join sukan.... main bola jaring... almaklumlah.. aku kan agak tinggi bdknya.. hahhahahha....... aku biasa balik sekolah dengan abg shukri, ang kak kiah aku.. tp diorg ni.. klu jalan... laju gler.. aku asik kne tinggal j.. huhuhu... klu aku jalan lambat.. nti dia marah... hihihihihi......

10. lepas akak, and abg aku dah kuar dr sekolah rendah, adik2 aku lak masuk.. maka time ni lah aku balas balik kat adik2 aku. hahahhahah.. mmg nakal pye kakak......

11. dlu aku pakai tudung dr aku darjah satu lagi... uma aku tepi jalan.. dah smpai depan uma aku pon tarik ar tudung aku.. pas 2 abg long aku npk.. pyelah marah dia.. dia membebel kat aku.. huhuhuhu... pas 2 mmg xbuat agilah... hhuhuhuhuh:)


* akan bersambung....

Rabu, 12 Ogos 2009

LEPAS SATU, SATU JADI...

assalamualaikum....

korang nak tahu x apa jadi kat aku sepanjang sebulan setengah ni, sejak naik sem baru....huhuhu..
mula-mula yang berlaku, laptop aku wat hal..... dah lama pakai sekali 2 buat hal lak.. biasanya dia ok j.. lpas 2.. tiba2 j dia xnk hidup... huhuhu sedih ar jugk... sbb ni lah kekasih hati aku.. tmpat aku menulis segala masalah and kekusutan aku.,..... tapi nasib baik r fail aku boleh backup... klu hilang ducument2 aku.. perit ar jugak.... tp ada r jgak benda2 yang telah berubah... tp what ever pon aku cukup bersyukur kerana ia telah sembuh dari penyakitnya... xsenang dduk jgak aku dibuatnya...

lepas 2.. baru2 ni... hanfon Nokia aku plak buat hal.. padahal x sampai 2 tahun pon aku gne...huhuhuh..... pening jugak aku dibuatnya.... fon Motorola aku pulak xnk sim cad UOX aku.... cerewet tol... so nk xnk terpaksa pasrah j lah...

time2 tgah bnyak kerja lah ni benda2 ni wat hal..... huhuhu.. penyelia aku bg msj pon ssh gler nk baca.... nk reply lagi r seksa.... huhuhuuhuhuh....

dugaan..... dalam kehidupanku.....

Isnin, 10 Ogos 2009

persahanbatan


Aku dan kawan ku... fidah......
semoga persahabatn kita kekal selmanya....
walaupun dugaan menghampiri:)

atukku

Atukku yang comel.........
nilah wajah atuk yang suka membuli aku... huhuhuhu....
pantang tol klu aku balik.. ada j job yang dia bg kat aku...... kadang-kadang suka suruh aku wat kuih kesukaanya .... tp aku pyelah nakal.. aku blik uma ckp gan mak aku... atuk aku nak makan kuih.... nanti mak akulah yang masak... hahahahahhah......

Sayang atukku.......

senarai tugasan aku...

SEJARAH PERADABAN DUNIA:
SOALAN 1. Berdasarkan contoh kemajuan yang dicapai dalam tamadun awal manusia, bahaskan ciri-ciri tamadun

SEJARAH ASIA BARAT:
soalan 3: bincangkan gerakkan perpindaham orang yahudi Ashkenazim ke Palastine sebelum perang dunia ke- 2.

NASIONALISME DAN MASYARAKAT MAJORITI:
soalan 5: bincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat minoriti dalam aspek pendidikan dan agama dari mana-mana negara yang anda ketahui

HUBUNGAN LUAR MALAYSIA:
soalan 1 (kerja berkumpulan): bincangkan asas-asas pembentukkan dasar luar Malaysia dan peranan yang di mainkan oleh pemimpin-pemimpin negara dalam membentuk dasar luar terutama di peringkat awal kemerdekaan.
soalan 7: huraikan bentuk-bentuk hubungan luar Malaysia di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamed terutama peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam menangami isu-isu antarabangsa.
soalan kumpulan: membincangkan berhubung dengan Malaysia-Singapura

SEJARAH PEMBINAAN NEGARA BAGSA.:
* akan diberikan minggu depan

MASALAH PALING BESAR........: TESIS AKU LAH...... HUHUHUHU:(

Ahad, 9 Ogos 2009

kisah semasa hari jadi

ola...... aku ni.. buat blog ni time aku tgah xd idea nk menulis tesis.. hahaha.. hilangkan tekanan kerja wat sementara....

korang nk tahu satu cerita best x..... masa 1/7 , masa 2 bday abg long aku.... dia suruh mak aku masak ayam pecal untuk dia.. nak dijadikan cerita.. mak aku plak masa 2 tgah puasa.. akak aku pun puasa.... so nk xnk akulah yang kne masak.. kesian plak kat diorg klu nk suruh diorg yang masak.. jadi mak aku pun suruhlah aku yang masak....
aku plak xprnah masak pecal2 ni..... so mak aku cakap caranya.. so aku pun masak ar.... hihihi... sekali 2 aku masukkanlah cili...ditumbuk.. rupanya cili 2 pedas taraf gler babun pye pedas... hahahah.. aku plak ltak pyelah banyak....
so hadiah ari jadi untuk abg aku daripada aku adalah masakkan yang teramatlah pedas.. kesian tol aku tgok dia.. masa dia makan.. merah padam muka dia.... mata pulak berair...huhuhuh anak sedara aku lagi ar.... korag pkir r macamana diorg... hahahhaha... yang bestnya time aku makan, xplak rasa pedas..... plik tol.. aku makan slmber j..... tp diorg semua ckp pedas.. mmg plik tau.. hahahahha.....
lepas azan, mak aku plak rasa.. dia pon kata xpedas.... agaknya abg aku 2 makan waktu panas agi kot.. hahahhaha.. dia kata kat aku "xbaik tau sedih j aku makan." huhuhu.. nk tergelak aku tgok abg2 aku 2.... hahahahhah..... nasib baik mak aku kata xpedas.. klu x.. mati r aku kne marah....
tp mmg best r waktu 2.. penuh dengan perasaan gembira dan bahagia....

BUAT ABG AMIN KU, SORI TAU......hihihihih:)

Sabtu, 8 Ogos 2009

harapan




emak ku merupakan model yang menjadi contoh dalam hidup ku.. walaupun aku tidak pernah menunjukkan kepada emak ku bahwa aku amat menyayanginya.. tapi aku tahu dia tahu aku amat menyayanginya.... aku ni seorang yang tidak tahu bagaimana nak menunjukkan kasih sayang ku kepada orang yang aku sayangi....

ketabahan mak ku dalam menghadapi onak dan duri dalam kehidupan menyebabkan aku sedar bahawa, kita semua tidak perlu terlalu bergantung kepada seseorang. mak ku selalu berpesan agar berlajar rajin-rajin dan cari kerja elok-elok,..... dan jangan mengharap kepada orang lain.. sesungguhnya aku amat megerti apa yang mak ku maksudkan...

sesunguhnya pengalman itu sememangnya menyebabkan manusia itu lebih cekal dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup... ku tidak pernah membenci.. tp sebagai manusia.. rasa sakit hati itu tetap wujud dalam diriku ini... sehinggakan kadang-kala aku menagis sndirian..

orang-orang yang megenali aku, akan tau yang aku ni seorang yang amat perahsia, dan suka memendam rasa bersendirian,..sekiranya aku mencritakan masalah ku pada orang, percyaah ia hanylah 3% sahaja daripada keseluruhan cerita. sebagaimana kamu semua melihat tulisan ku yang sememangnya kecil sebegitulah ciri-ciri yang ada dalam diriku ini (perahsia).

pelbgai kelas aku ikuti bagi membuang sikap skeptik dan falasi dalam kehidupan ku.. tapi aku xjua berjaya..... aku mmg tahu kedua-dua sikap ini merupakan sikap yang kurang baik bagi setiap individu.. tapi mungkin pengalaman dalam kehidupan yang menjadi penghalang daripada aku mengubah diriku ini... mungkin satu hari nanti aku akan berjumpa dengan seseorang yang mampu bertahan dan mengubah diriku ini untuk menjadi seseorang yang lebih baik...

korang pasti plik mengapa aku kerap menggunakan nick mawar berduri, nak tahu kenapa. sbb aku ni macam bunga mawar, yang indah dimata sahaja, tetapi tajam. dari sehari kesehari aku dapat rasakan bahawa duri di hatiku ini semakin tajam, dan menebabkan aku sendiri mengambil lagkah menjauhkandiri dari orang.

korag doakan ar ea.. agar aku dapat memperbaiki diriku ini,.......
salam sayang dari mawar berduri

senyuman

kadang-kadang kawan-kawan ku beranggapan bahawa aku tidak ada masalah kerana aku sentiasa kelihatan gembira dan ceria.. tapi mereka tidak tahu aku menyimpan 1001 duka didalam hati... bagi aku... adalah tidak adil jika aku menunjukkan perasaan duka ku pada orang lain kerana semua orang ada masalah mereka sendiri....
mengapa nak melibatkan orang lain dalam masalah diri sendirikan...huhuhuhu....
jika kamu semua berkawan dengan ku.. korang tidak akan pernah ku kecewakan.. melainkan korang semua yang hendak dikecewakan....
masalah demi masalah telah datang meyelubungi perasaan ku... dalam mental dan fizikal ku buat masa ini.. aku mintak maaflah pada semua kawan-kawan ku sekiranya buat masa ini aku tidak dapat menjadi seorang sahabat yang baik buat korang semua.... korang pun aku rasa berada pada situasi yang sama, iaitu penuh dengan kerja dan tugasan yang kita semua terima.... dengan masalah tesis, assgment, masalah peribadi.. semuanya bercampur...
jadi paham-pahamlah.. kalau kita semua terserempak tapi muka semua tegang jer..... so jangan ar amik hati ye.......
ingatkan jadi pelajar tahun akhir ni best... rupanya..... berat betol... macam nak pecah kepala kejar due date.......
kalau dulu korang kenal aku, seorang yang sentiasa tenag, and mempunyai jadual yang teratur.. tapi sekarang... aku sendiri pun tak tahu.....huhuhuhuhuh...
letak barang asik lupa j.... banyak sangat kene fikir... sakit kepala ni...
mana tidaknya, tido lewat, tapi kne bangun awal..... korang pon dapat rasakan keperitan menjadi pelajar tahun akhir......

buat kawanku yang rapat dengan ku ini, aku nak memberitahu bahawa aku tidak sengaja marah kat ko.... myb ko tak tahu aku pye krja macam mana.. dengan kewujudan due2 date ni... mmg menyebabkan mood aku agak bercelaru.... mmg saadah yang ko knl tidak akan tunduk pada moodnya... tapi.. kadang-kadang sebagai manusia aku juga tersungkur juga dalam menaganinya....

buat rakan-rakan cousemate lak... aku berdoa agar kita semua dapat menagani masalah kita dengan penuh tabah. orang lain tidak akan faham tentang kesusahan couse yang kita amik ni... hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat memahaminya.... SABAR J LAH...huhuhu...

buat sesiapa yang buat tesis bawah prof or Dr, harap korang ikut j lah p yang diorg 2 nk..... mmg sakit ooo buat bawah orang yang dah ada PHD ni........ kalaulah boleh tukar penyelia.... akulah orang yang pertma megagkat tnagan... hahhahahhahah........ what ever pon aku pasrah j siapa penyelia aku 2.........huhuhuhu

segala dugaan dan cabaran pada masa ini menyebabkan aku betul2 perlu kuat untuk bersabar... kalau aku gagal untuk bersabar.... aku pun xtau p yang akan jadi.....huhuhuhu marilah kita semua berdoa utuk kejaan kita bersama.....

salam dugaan

Dugaan demi dugaan datang menghampiri, semakin besar dan mencabar dugaan-dugaan yang hadir menjeguk diriku ini. semakin hari menjadikan kita semakin kuat... agar dapatlah kita sama-sama menghadapi segala dugaan yang datang daripada yang maha Esa.
kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran seharusnya ditempuhi dengan penuh kesabaran, agar kuta tidak tersungkur ditengah jalan.
Tuhan tidak akan memberikan kita dugaan atau cabaran yang kita tidak mampu tangani. berdoalah agar kita tabah dan dapat meyelesaikan tugasa kita sebagai khalifah di muka bumi kurniaan tuhan.
sekiranya kita merasakan kita kesuntukkan waktu, berdoalah agar kita diberikan kelapangan wakti, tetapi kita hendaklah mengunakan kelapangan waktu itu dengan penuh berhemah... sesungguhnya Allah maha kaya....
kesusahan hari ini adalah untuk kesenangan hari esok.........
sentiasalah bersyukur terhadap segala kurniaanNya kepada kita....
jika kita tidak dapat apa yang kita inginkan, maka hendaklah kita menerima seadanya apa yang kita dapat.. sesungguhnya Allah maha megetahui segala yang terbaik buat hambanya...
sekiranya kita gagal hari ini, tidak semestinya kita akan gagal selamanya... semua yang berlaku ada sebabnya, maka sama-samalah kita berdoa agar kita memilih hanya yang terbaik dalam kehidupan ini.