Rabu, 14 Julai 2010

selamat kembali

lama dah xmenulis.. sekarang cik mawar akan bermula perkuliahan bagi menamatkan pengajian hujung tahun ni..... rasa sunyi pulak bila xd kawan sekarang ni.. hohohoho

Ahad, 2 Mei 2010

keinsafan

assalamualaikum

tadi mawar membaca artekel berhubung dengan penyesalan malek noor, sapa yang tidak kenal dengan juara Mr.Asia dalam bina bandan 2... huhuh.. beliau dah dapat petunjuk pada umur 46 tahun.. sesunggunhnya Allah berkuasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki... namun kita bagaimana? adakah kita sudah menjadi HambaNya yang beriman dengan sepenuhnya? alangkah kita tidak dapat menjangka urusan yang Allah aturkan buat kita....

adakalanya kita lihat seseorang itu dari muda sampai umur 50 adalah seorang yang baik dan beriman, namun mula berbah menjadi tidak baik selepas itu.. ada pula orang yang mulanya jahat dan akhirnya bertaubat menjadi baik dengan penuh penyesalan yang sebenarnya.. dimanakan kedudukan kita? kita hendaklah sentiasa berdoa agar keimanan kita dapat dikekalkan, sehingga kita mati...

semasa minggu exam... mawar tergerak hati untuk mengetahui tentang hari kiamat, banyak yang mawar baca... ia telah menyebabkan mawar banyak berfikir, sesungguhnya sudah banyak tanda-tanda kiamat yang Allah perlihatkan kat hamba-hambanya, namun kenapa manusia begitu alpa dengan duniawi? mawar juga banca tentang kematian.. ia banyak memberikan keinsafan buat kita sebagai manusia, di bumi milik Allah... sesungguhnya perjalanan kita yang perlu kita tempuh dialam akhirat begitu panjang dan penuh dengan siksaan bagi kesalahan yang kita sendiri lakukan...

orang yang telah meninggalkan dunia telah tetap perhitungannya, tapi bagi kita yang masih lagi di dunia ini, perlu berdepan dengan plbagai dugaan dan kita masih lagi diberi peluang untuk meningkatkan amal kita, agar ia mencukupi untuk membatu kita berhadapan dengan alam akhirat yang kekal buat selama-lamanya...



Selasa, 20 April 2010

renungan


mawar ada terjumpa gambar ni.. sememangnya agak menarik.. nk tahu kenapa, perhatikan betul2..... orang yang bukan muhrim kalau bersentuhan dengan bukan muhrimnya dosanya lebih berat daripada dia meyentuh babi, kalau babi kita sentuh kita boleh sertu (membasuh dengan 1 kali air tanah di tambah dengan 6 kali air bersih yang mengalir), tetapi kalau sentuh bukan muhrim??? boleh sertu k???? so renung2 kan...


sejak kebelakangan ini banyak betul kes2 yang berkaitan dengan pembuangan bayi berlaku dimana-mana jua... adakah manusia sekarang sudah tidak takut akan balasan tuhan atau sudah tidak percaya kepada Allah lagi, dimanakah nilai moral manusia sekarang, tidak cukup dengan dosa bersentuhan dengan bukan muhrin, ditambah pula dengan dosa berzina, tidak abis dengan dosa berzina ditambah pula dengan membunuh, zaman sekarang manusia bukan sahaja zalim malahan tidak lagi mempunyai perasaan perikemanusiaan... nampaknya seolah-olah kembali kepada zaman jahiliah, namun masyarakat jahiliah hanya membuang atau membunuh bayi2 perempuan dan prosesnya di sempurnakan dengan adatnya yang tersendiri, namun sekarang bukan sahaja bayi2 perempuan sahaja dibunuh tetapi bayi lelaki pun turut sama, proses pembuangannya pula dah macam sampah, dicempak dalam tong-tong sampah, dibuang dalam longkang dan semak, mana sifat kemanusiaan sekarang???

kita ni tinggal kat negara Islam, tp kes zina, berkhalwat, buang bayi dah macam kita duduk bukan negara Islam... kalau nk harapkan kerajaan selesaikan masalah ni mmg r susah, kita sendiri sepatutnya ada kesedaran sivik terhadap pergaulan kita, didikan agama penting kepada anak-anak, jika betul ajaranya, betullah sifatnya

benarlah apa yang dikatakan bahawa umat akhir zaman akan berhadapan dengan pelbagai kes yang berlaku pada zaman umat nabi yang terdahulu, lihat sahaja kes lesbian gan gay, dah macam bukan masalah lak... mana lah lumrah sifat manusia sekarang ni.. yang di larang itulah yang di buatnya..... nauzubillah....


harap-harap kita dapatlah mendidik generasi yang akan datang mengenal semula Tuhan iaitu Allah S.W.T.

xmustahilah kenapa banyak sangat bencana yang menimpa kita pada masa kini, perkara ini berlaku atas sebab kerakusan manusia sendiri....

renung-renungkan... jaga adab dalam pergaulan.. ia penting... sekiranya sudah tidak tahan menahan nafsu, ingatlah anda telah diwajibkan supaya berkahwin pada masa itu.. hukum Allah bukan untuk dipersendakan...

Sekian....

BUMI MENYERU MANUSIA

Menurut Imam Anas bin Malik bumi ini menyeru manusia setiap hari dengan 10 panggilan:

1. ‘wahai anak cucu adam, kamu berjalan di atasku, ingatlah tempat kembalimu di dalam perutku’.
2. ‘kamu melakukan maksiat dan dosa-dosa di atasku, ingatlah kamu akan diseksa dalam perutku’.
3. ‘kamu bergurau senda di atasku, ingatlah kamu akan menangis dalam perutku’.
4. ‘kamu memakan barang haram di atasku, ingatlah cacing akan memakan kamu di dalam perutku’.
5. ‘kamu bergembira di atasku, ingatlah kamu akan merasa susah dalam perutku’.
6. ‘kamu menggunakan barang-barang haram di atasku, ingatlah kamu akan hancur dalam perutku’.
7. ‘kamu bersikap sombong di atasku, ingatlah kamu akan menjadi hina dina dalam perutku’.
8. ‘kamu berjalan dengan bersukaria di atasku, ingatlah kamu akan merasa kesedihan dalam perutku’.
9. ‘kamu berjalan diterangi cahaya di atasku, ingatlah kamu akan kegelapan di dalam perutku’.
10.’kamu berada dalam keramaian di atasku, ingatlah kamu akan duduk bersendirian dalam perutku’.

Ketahuilah, setiap hari kubur akan memanggil manusia sebanyak 5 kali:

1. ‘aku adalah rumah yang sunyi dan keseorangan. Bagi memeriahkannya hendaklah kamu membaca Al-Quran’.
2. ‘aku adalah rumah yang gelap gelita. Terangilah aku dengan sembahyang malam’.
3. ‘aku adalah rumah yang dipenuhi dengan habuk dan debu. Hendaklah kamu membawa bekal taqwa dan amal-amal soleh’.
4. ‘aku adalah rumah yang dipenuhi ular. Bawalah pendinding iaitu bacaan ‘Bismillahirrahmanirrahim” hingga mencucurkan air mata’.
5. ‘aku adalah rumah pertanyaan Mungkar Nakir. Perbanyakkanlah membaca ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah’ agar kamu dapat memberi jawapan kepadanya’.

Rasulullah bersabda:
‘Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat’
-riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Al Hakim.

‘Apabila seseorang itu sudah mati, maka diperlihatkan kepadanya tempat dimana ia akan duduk, pada setiap pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli syurga, maka ia (melihat) syurga, dan apabila ia termasuk ahli neraka, maka ia pun (melihat) neraka’ Sabda nabi lagi: ‘Kemudian dikatakan: ‘inilah tempatmu yang dibangkitkan di Hari Kiamat’. -Riwayat Muslim.

‘Sesungguhnya mati yang kamu ingin lari daripadanya itu ia akan menemui kamu’
-Al Jumuah ayat 8.


bila baca post ni.. rasa macam takut sangat.... sesungguhnya kuasa Allah mmg tiada bandingan dan janjinya adalah benar.. hope kita akan jd orang2 yang beriman dan dikasihi di sisinya.. insyaallah...

Tanda-tanda Kematian semakin Menghampiri Kita...

Tanda-tanda Kematian semakin Menghampiri Kita...

Sesudah Asar

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja Disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk Memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk men Cabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan sat u denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati

layan...

mood sekarang tengah buat persediaan utk exam.... dah lama sgt x tulis kat blog.. almaklumlah.. sibuk memanjang..... tesis dah berjaya selesaikan .. tp xtau lah lepas k x...

mgu lepas mawar ddk kat kg seminggu dr 1 April.... mmg best.... mcm xmau balik ukm lagi dah... tp mawar terkejut tentang peristiwa yang menyebabkan satu Malaysia besedih iaitu Din Beramboi telah kembali ke rahmahtullah...... perkara itu menyebabkan mawar berfikir bahawa ajal maut seseorang itu mmg telah ditentukan dan sekiranya sampai ajalnya, tidak kira org itu muda atau tua, sihat atau sakit........ mmg mawar ajak sedih sekembalinya arwah megadap Allah.. namun kita manusia dan hamba Allah harus redha kerana itu ketentuaannya....

untuk post kali ni.. mawar ingin menyertakan post yang mawar jumpa kat web tentang kematian.. so hope ia dapat jd peringatan buat kita... LAKUKANLAH IBADAT SEPERTI KAMU AKAN MATI PADA ESOK HARI DAN BERUSAHA KUATLAH SEPERTI KAMU AKAN HIDUP SERIBU TAHUN LAGI.. so renung2kan lah kata-kata itu...

Jumaat, 26 Februari 2010

xsuka-xsuka

huhuhu... p yang saya xsuka pada hari ni..???
1. bagi org msj, org balas lambat... benci sangat-sangat...
2. xd air.. hhuhuhu
3. kepala sakit..

huh.. bad!!!!

Khamis, 28 Januari 2010

sifat ibubapa Melayu

salah satu sifat yang ada dalam kalangan ibu bapa Melayu sejak dahulu lagi adalah sifat memilih kasih... biasanya anak yang pertama lebih disayangi atau pun anak yang terakhir..
bukan kedudukan anak berkenaan dalam keluarga sahaja, tetapi warna kulit dan kecantikkan...

adakah mereka tidak sedar sifat demikian adalah sifat yang menjijikkan.. menurut kajian pada abad ke-21 ini pun masih lagi wujud fenomena berkenaan....

namun apa yang terjadi pada ank yang di sisihkan? jawapan kejayaan.. majoriti anak yang disisihkan memperolehi kejayaan berbanding dengan anak yang disayangi.. selain itu anak yang disisihkan juga yang majoritinya mengingati ibubapanya, namun anak yang biasanya disayangi dan dipujalah yang kebanyakkannya yang sanggup membuang ibubapanya sebagimana yang sering kita dengar pada masa kini..

namun emosi anak yang kurang disayangi akan mempunyai masalah...


adakah anda mangsa diskriminasi keluarga?

Sabtu, 23 Januari 2010

apa sudah jadi?

ari ini hanya nk berbicara tentang pandangan dari pengalaman orang lain.

kelmarin masuk ke kelas U3, pensyarah membicarakan tentang masalah yang dihadapi pada masa kini....
pensyarah berkenaan ada menjalankan kajian tentang masalah di kawasan felda, dan tanggapan bahawa masalah sosial yang berlaku difalda adalah minimun adalah salah sama sekali... sekiranya masalah sosial dikaitkan dengan proses urban sesebuah kawasan.. tp sekarang nampaknya masalah sosial berada dimana-mana jua....
yang memeranjatkan saya.. apabila pensyarah berkenaan menyatakan bahawa... ada segelintir keluarga melakukan hubungan seks sesama mereka (sumbang mahram) hal ini adalah kerana sikap ibu bapa yang menonton video lucah bersama-sama anak-anak... keluarga berkenaan mempunyai 3 orang beradik.. 2 lelaki dan seorang perempuan, yang menjadi hairannya.. selepas mereka menonton vedio berkenaan adik perempuan telah melakukan hubungan seks bersama abg dan adiknya sendiri... dan setelah mengandung dan melahirkan ank haram berkenaan si ibu budak berkenaan sendiri menjaga si ank yang baru dilahirkan itu, (apakah status budak itu terhadap ibu kepada mak nya??? cucu or ank??) apa sudah jadi sekarang ini???

ada kes sebaliknya yang berlaku di kawasan felda juga, dimana cerita yang lebih kurang sama...
dimana sepasangan kekasih melakukan hubungan seks secra terang-terangan.. di kawsan kebun getah.. dimana penonton yang menyaksikanny dikenakan bayaran rm15 seorang. kegiatan ini dilakukan pada waktu malam. aksi ranjang pasangan berkenaan di lihat dengan suluhan lampu motor yang ada dikawasan berkenaan. lebih menghairankan bukan sahja penontonnya terdiri dari golongan remaja sahaja, tetapi turut ditonton oleh golongan tua, dan lebih meranjatkan lagi, penontonnya juga termasuk ibu bapa kedua-dua pasangan berkenaan, dan setelah selesai aksi ranjang mereka, ibu bapa pasangan berkenaan juga mengucapkan tahniah kepada ank mereka yang baru berusia seawal 15 tahun... dimanakah letaknya agama dalam kalangan mereka ini semua???

adakah mereka tidak terfikir akan balasan Allah yang maha kuasa, sekiranya mereka tengah asik dengan perbuatan mereka ini.. Allah cabut nyawa mereka... alangkah tidak terbanyang azab seksa yang akan diterima ini...

sekiranya difikirkan gejala sosial ini pada masa sekarang memang amat2 menakutkan... ada juga cerita yang saya dengar, tentang student aliran dakwah juga tidak terkecuali dari melakukan masalah sosial ini, dimana dia dilihat bercumbu dengan pasangannya..... dimanakah letaknya ilmu yang dipelajari.. and bagaimana orang ramai nk percaya kepada mereka-mereka yang melakukan dakwah sekiranya mereka sendiri gagal mengawal nafsu mereka.....

adakah semua ini berlaku kerana culture shock??? atau perasaan yang ditahan dan bergelora di jiwa??? sekiranya niat dan penghayatan tentang islam dihayati dengan lebih mendalam rasanya perkara ini tidak akan berlaku....

maka tidak hairanlah kenapa masa kini generasi baru ini ada yang engan memiliki cahaya mata atau pon menghadkan jumlah cahaya mata mereka, bukan kerana menolak agama atau masalah ekonomi tetapi mereka gentar sekiranya mereka gagal mendidik ank zaman sekarang ini, dan kuatir sekiranya ank2 mereka terjebak dalam masalah sosial ini.... so marilah kita renung-renung kebali tentang kenapa kita diwujudkan didunia ini... dan siapakah pencipta kita....

masyarakat kita malu untuk berbicara tentang apa itu seks. benar atau tidak???

Khamis, 7 Januari 2010

apa sudah jadi?

bila semua benda yang kita inginkan kita dapat dengan mudah... maka kita akan kurang menghargainya berbanding dengan benda yang susah kita dapatkan.... bergitu juga dengan kesenangan..... bila kita terlalu selesa dengan situasi kita pada masa kini.. maka kita akan rasa malas untuk membuat kerja....

apa sudah jadi????