Selasa, 20 April 2010

renungan


mawar ada terjumpa gambar ni.. sememangnya agak menarik.. nk tahu kenapa, perhatikan betul2..... orang yang bukan muhrim kalau bersentuhan dengan bukan muhrimnya dosanya lebih berat daripada dia meyentuh babi, kalau babi kita sentuh kita boleh sertu (membasuh dengan 1 kali air tanah di tambah dengan 6 kali air bersih yang mengalir), tetapi kalau sentuh bukan muhrim??? boleh sertu k???? so renung2 kan...


sejak kebelakangan ini banyak betul kes2 yang berkaitan dengan pembuangan bayi berlaku dimana-mana jua... adakah manusia sekarang sudah tidak takut akan balasan tuhan atau sudah tidak percaya kepada Allah lagi, dimanakah nilai moral manusia sekarang, tidak cukup dengan dosa bersentuhan dengan bukan muhrin, ditambah pula dengan dosa berzina, tidak abis dengan dosa berzina ditambah pula dengan membunuh, zaman sekarang manusia bukan sahaja zalim malahan tidak lagi mempunyai perasaan perikemanusiaan... nampaknya seolah-olah kembali kepada zaman jahiliah, namun masyarakat jahiliah hanya membuang atau membunuh bayi2 perempuan dan prosesnya di sempurnakan dengan adatnya yang tersendiri, namun sekarang bukan sahaja bayi2 perempuan sahaja dibunuh tetapi bayi lelaki pun turut sama, proses pembuangannya pula dah macam sampah, dicempak dalam tong-tong sampah, dibuang dalam longkang dan semak, mana sifat kemanusiaan sekarang???

kita ni tinggal kat negara Islam, tp kes zina, berkhalwat, buang bayi dah macam kita duduk bukan negara Islam... kalau nk harapkan kerajaan selesaikan masalah ni mmg r susah, kita sendiri sepatutnya ada kesedaran sivik terhadap pergaulan kita, didikan agama penting kepada anak-anak, jika betul ajaranya, betullah sifatnya

benarlah apa yang dikatakan bahawa umat akhir zaman akan berhadapan dengan pelbagai kes yang berlaku pada zaman umat nabi yang terdahulu, lihat sahaja kes lesbian gan gay, dah macam bukan masalah lak... mana lah lumrah sifat manusia sekarang ni.. yang di larang itulah yang di buatnya..... nauzubillah....


harap-harap kita dapatlah mendidik generasi yang akan datang mengenal semula Tuhan iaitu Allah S.W.T.

xmustahilah kenapa banyak sangat bencana yang menimpa kita pada masa kini, perkara ini berlaku atas sebab kerakusan manusia sendiri....

renung-renungkan... jaga adab dalam pergaulan.. ia penting... sekiranya sudah tidak tahan menahan nafsu, ingatlah anda telah diwajibkan supaya berkahwin pada masa itu.. hukum Allah bukan untuk dipersendakan...

Sekian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan