Isnin, 25 Mac 2013

melupakan tidak semudah memaafkan

salam

isu melupakan tidak semudah memaafkan, lagi-lagi jika kita tahu kita dikhianati oleh orang yang kita sangat mempercayai.

walaupun pertunjuk Allah itu pahit, namun Mawar dapat merasai kemanisan disebaliknya. Mawar penat nak pertahankan diri, biar Mawar senyap dan biarkan orang disekeliling Mawar yang menghakimi apa yang telah berlaku. orang yang terlibat sememangnya mengetahui perkara yang sebenar. Mawar memang rasa amat kecewa dengan orang itu, dia tetap dengan Egonya, dan tanpa segan silu, tetap mencanang seolah-olah yang dia menjadi mangsa keadaan. Orang je nis apakah itu????? sememangnya Mawar memaafkan dia tatapi untuk kembali menjadi kawannya semula, mustahil rasanya.... biarlah dia dengan cara hidupnya, mencari idea diatas pengkhianatan dan mengeji orang lain. semoga Allah akan membalas segala perbuatannya.

Sekiranya kita mempunyai 1000 orang rakan, dan 1 orang yang tidak menyukai kita, itu bermakna orang itu bermasalah, tetapi jika kita mempunyai 1000 orang rakan dan 999 daripadanya tidak menyukai kita, itu bermakna kita yang bermasalah....... ini bukan sebab kita tidak mengenali sapa musuh kita, tetapi kita yang mengenali diri kita sendiri......

Semoga kawan Mawar itu diberikan hidayah untuk berubah, dan sedar akan kesilapannya sendiri. Ameen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan