Isnin, 14 Januari 2013

sendiri

salam

Diam xdiam dah 3 Safar untuk kalender Hijrah 1434 tahun ni....

Perempuan sememangnya sangat mudah terasa dan bila perkara itu terjadi, pelbagai andaian dia akan cipta untuk menyempurnakan fikiran dia, walaupun apa yang dipikirkannya lazimnya akan menyempang daripada realiti yang sebenarnya....

Bila seseorang mula tidak memulakan dahulu apa yang lazimnya dia buat, si gadis mulalah menciptakan seribu jawapan... apabila ini berlaku, percayalah ia amat tidak baik buat suatu perhubungan... kerana lazimnya pemikiran seorang wanita sememangnya tidak rasional... percayalah...

Sudah sebulan cik mawar tidak pulang ke kampung halaman, kedua orang tua pon sudah asik menelefon bertanya khabar untuk pulang... dan tidak lupa juga diselitkan dengan ucapan, "bila mau kawin"... hahahaha alangkah kalau boleh mawar berikan khabar gembira itu pada mereka... namun.. mawar sendiri tidak punya apa-apa jawapan untuk persoalan itu... so sad right.. huaaa..

Dalam diam, bersendirian mawar tidak pernah berdoa... berdoa dan terus berdoa.. agar mawar akan bertemu dengan orang yang telah diciptakan oleh Allah untuk membahagiakan mawar satu hari nanti, namun masa dan ketikanya masih lagi menjadi suatu Misteri yang jawapannya ada tercatat di Luh Mahfuz....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan