Jumaat, 4 Mei 2012

megumpat sdn bhd

situasi sekarang ini amat membimbingkan, bila ada segelintir masyarakat yang dah sebati dengan aktiviti mengumpat, mengata, mengejek dan sebagainya dan menjadikannya sebagai rutin harian. bila ada yang kurang senang dengan situasi berkenaan, orang itu turut akan dikecam dan menjadikannya sebagai bahan umpatan, entahlah... apa yang hendak jadi pada ketika ini. kadang-kadang rasa amat kasihan pada mereka ini, mungkin hidayah Allah belum sampai pada mereka atau pun mereka yang menolaknya, atau pun mereka ada masalah dalam solat masing-masing, entahlah... 

pernahkah mereka berfikir, bahawa sekiranya mereka megutuk rupa paras seseorang, mereka sedang mengutuk kebesaran Allah... setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, namun yang menciptakannya adalah Allah yang satu. sekiranya mereka mengutuk seseorang, bukankah ini menunjukkan bahawa mereka mengangap mereka lebih hebat dari Allah? Nauzubillah... adakah mereka rasa mereka mampu menciptakan seorang manusia yang lebih sempurna daripada yang Allah ciptakan?  jangankan manusia, seekor lalat pun belum tentu mereka dapat ciptakan..


so buat sesiapa yang merasa mereka itu bagus sangat, renung-renungkan, jadikan zikir sebagai amalan harian, bukannya umpat-mengumpat sdn bhd...... 

selamat beramal...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan