Jumaat, 6 November 2009

kerajaan Turki Uthmaniah

andaiku dapat mengundur masa... huhuhuhu.... soalan senang pon aku gagal jawap gan baik.. asik ingat kelemahan kerajaan Turki j.. kehebatan dia aku lupa, padahal ada gak aku jeguk kehebatan dia kat buku Tamadun Islam before exam.. tapi 2 lah just tgok sekali lalu j... huhuhuhu..

kehebatan atau kejayaan kerajaan Turki Uthmaniah:
1) wujudnya sistem pemberian tanah (fief) kepada tentera menyebabkan mereka menjadi mewah dan berkedudukan tinggi
2) tidak ada sifat perkauman yang nyata; orang yang berkedudukan tinggi tidak terbatas kepada sesuatu kaum atau keturunan sahaja.
3) pentadbiran yang cekap
4) memberikan layanan yang baik terhadap saudara-saudara baru serta memberikan kepada mereka hak kerakyatan penuh.
5) menggunakan kepakaran dan kebolehan dan penduduk tempatan khususnya dalam bidang pentadbiran.
6) kedudukan sosialorang Turki telah menarik minat penduduk negeri-negeri Balkan untuk memeluk agama Islam.
7)semua rakyat beragama Kristian di bandar mahupun di desa hanya dikenakan bayaran cukai perlindungan sebanyak 2 dolar (1590M) setahun iaitu suatu kadar yang sangat rendah berbanding cukai yang dikenakan oleh kerajaan Byzantine sebelumnya.
8) sekalian penduduk di ibu kota atau diluar ibu kota diberikan kebebasan agama dan dalam perkhidmatan awam
9) kerajaan Turki Uthmaniyah tidak bergitu fanatik terhadap agamanya, menyebabkan wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah menjadi tempat perlindungan orang Yahudi yang dihalau oleh kerajaan Kristian di Sepanyol dan Portugal pada abad ke 16M

sumber: Mahyudin Hj. Yahaya, Tamadun Islam, Fajar Bakti, Shah Alam, 1998, hlm. 181-182


huhuhuhu ni pon aku xingat.. padahal pernah belajar dlu kat sekolah agama masa darjah 5.. huhuhu.. kalau mak aku tau aku xingat.. hihihi.... abislah.. hahhaha....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan